Pembelajaran di universiti
Ada statement yang menyatakan belajar di universiti
itu main "tebok" je. "Belajar berdasarkan silibus sahaja". Dalam satu kitab atau
buku hanya menyentuh beberapa bab sahaja dan bab yang lain-lain ditinggalkan. "Ilmu
tak berkat", ilmu hanya dihafal untuk dicurahkan sepenuhnya di paper exam
sahaja. Persoalannya adakah betul statement sebegini ?
Saya yang daif ini mempunyai dua pendapat
dalam hal ini.
1. Seandainya pensyarah hanya mengajar
beberapa bab adakah itu menghalang kita untuk membaca bab-bab yang
ditinggalkan. Kemana masa lapang kita. Adakah hanya sekadar diisi dengan u tube,
jogging, ber fb, wechat, twett, kedai mamak dan berbagai lagi sanak saudaranya.
Wahai sahabat, apa tujuan kita datang ke universiti. Untuk belajar kan. Kita
banyak mencipta alasan daripada mencipta perubahan. Hendak seribu daya tapi
menolak berdalih.
2. Mengenai ilmu tidak mendapat keberkatan.
Hanya sekadar untuk di curahkan semuanya masa paper exam sahaja. Keluar dewan
peperiksaan tak ingat apa-apa dah. Benar itulah yang terjadi dikalangan segelintir
mahasiswa yang belajar hanya semata-mata untuk exam sahaja. sila baca point di bawah,
Beberapa perkara
perlu dinilai semula untuk memastikan kenapa ilmu itu melekat di dada:
i. Niat. Adakah niat kita ikhlas belajar sebagai
memenuhi satu tuntutan agama atau hanya belajar untuk mendapatkan sekeping
sijil dan beroleh pekerjaan yang mantap, bergaya dan berhawa dingin. Kerja dan sebagainya
lagi tu akan datang mengiringi sendiri andainya kita ikhlas.
ii. Hormat. Bagaimana penghormatan yang
kita berikan kepada para pensyarah kita. Adakah selayaknya atau ada mengutuknya
di group wasap atau mengumpatnya. Seandainya ada pandangan yang tidak dapat kita
menerimanya seharusnya kita berlapang dada selagi mana tidak bertentangan
dengan agama. Walaupun bertentangan siapalah kita untuk mengkritik sedangkan
usia kita hanyalah setahun jagung. Masih belum jauh perjalanan.
iii. Usaha. Cuba periksa dari awal sem
lagi. Adakah kita betul-betul belajar. Sewajarnya seorang pelajar itu. Mengulangkaji
subjek yang dipelajari bukan dimalam exam, akan tetapi perlu dimulai dari awal
semester lagi. Ulangkaji last minit hanyalah merugikan.
Diawal semester, cuba kita fahami apa yang
diajar. Dipertengahan semester buat nota ringkas bagi setiap subjek. Masa study
week tu dah kira ringan sebab dah faham dan dah ada nota. Cuti semester pula
ambil peluang ini untuk mengulangkaji lagi apa yang telah dipelajari dalam semester
yang telah lepas. Baru ilmu tu melekat berkat.
4. Sikap. Macanmana sikap kita. Adakah memadai
dengan hanya apa yang telah diajar di dalam kuliah ataupun tutorial. Kenapa tidak
megunjungi perpustakaan atau bertanya kepada syeikh google info-info tambahan. Belajarlah
makan dengan tangan sendiri dan bersyukurlah dengan suapan yang diberikan. Apa yang
disuapkan itu adalah asas dan rangka-rangka, sedangkan isi-isi selebihnya kita
perlu geledah berusaha mencarinya.
Wahasilnya, tepuk dada tanya iman. Muhasabah kembali dan renung-renungkanlah.
Ditujukan khusus kepada diri sendiri. Hanya sekadar pandangan peribadi. Banyak kelopongan
lagi. Fikir-fikirkanlah.