Wednesday 30 December 2015

Cinta : Syariat Dan Hakikat

Aplikasi Cinta Dan Kasih Sayang

Jika kita benar-benar memperaktikkan ajaran Islam secara kaffah (integral), maka kita akan merasakan besarnya kasih sayang dalam diri kita, dan orang lainpun merasakannya kenikmatan kasih sayang yang menjadi bagian dari ajaran Islam.

Hakikat dan Syariat
Pada hakekatnya Cinta itu adalah sebuah amalan hati yang akan terwujud dalam (amalan) lahiriah. Apabila cinta tersebut sesuai dengan apa yang diridhai Allah SWT, maka ia akan menjadi ibadah. Dan apabila sebaliknya, jika cinta itu tidak sesuai dengan ridha Allah SWT maka akan menjadi perbuatan maksiat (seperti yang terjadi pada zaman sekarang ini).
Secara fitrah kita mendambakan cinta kasih dari sesama manusia. Sebaliknya secara naluri kita akan sedih jika orang lain membenci atau memusuhi kita.

Semua orang mempunya perasaan cinta dan kasih sayang. Sangat rugilah bagi mereka yang tidak menggunakan perasaan cinta dan kasih sayang yang diberikan oleh Allah kepada kita. Cinta bukan hanya untuk seseorang yang kita cintai. Cinta juga untuk Allah, Nabi , Ibu bapa , Keluarga dan semua orang yang berhak kita cintai. Hargailah rasa cinta hadiah dari illahi. 

Islam juga memberikan tips kasih sayang yang dapat diamalkan umatnya dalam melahirkan rasa cinta:

1. Cintai Allah dan Rasulullah melebihi makhluk.
2. Cintailah makluk dengan penuh persediaan dan matlamat.
3. Perasaan cinta perlu selari dengan kehendak Islam dan tidak melangggar batas agama.
4. Jauhi cinta ke arah maksiat.
5. Sentiasa mendoakan kebaikan dan kesejahteraan orang lain.
6. Hadiri majlis ilmu.
7. Berikan hadiah yang bermanfaat.
8. Binalah Cinta yang hebat sudah pasti bahagia dunia dan akhirat

Begitu indahnya cinta Islam, cinta untuk Allah, cinta untuk Rasulullah, cinta untuk orang yang melahirkan kita, cinta untuk orang tua kita, cinta untuk sahabat kita, cinta untuk orang di sekitar kita, cinta untuk orang yang akan mendampingi kita nantinya, dan tentunya cinta untuk semua makhluk-makhlukNya.

Namun pada zaman sekarang dan situasi kondisi saat ini, cinta yang lahir cenderung penuh dengan hawa nafsu, nafsu yang menggebu-gebu dan menyimpang dari norma-norma agama dan apa yang telah diperintahkan Allah SWT, serta menyimpang dari sebuah tujuan murni cinta itu yang sebenarnya. Setiap saat, setiap hari kita terutama pada kalangan muda bahakan anak-anak pun dibuai dengan lagu-lagu cinta, dibuat terlena dengan tontonan kisah cinta (sinetron, film) yang menghanyutkan kita ke dalam dunia khayal yang merugikan. 

Bahkan sekarang ini banyak orang yang menyalahartikan makna dan arti dari apa cinta itu sebenarnya, sehingga mereka terdorong melewati batas pergaulan dan tatasusila seorang mukmin.

*sumber tidak diketahui : 2014


Nur Muhammad

NUR MUHAMMAD SAW

*bacalah dengan bismillah dan selawat ke atas Baginda

Apakah perbezaan orang islam yang mengkaji al-Quran dengan orang bukan Islam yang mengkaji al-Quran ?

Al-Quran merupakan kitab hidayah yang mengandungi nur cahaya. Para sahabat mengkaji al-Quran, dianugerahkan kepada mereka nur. Manakala orang bukan islam umpamanya abu lahad dan para pembesar quraish, mereka membaca mengkaji al-Quran tetapi persoalannya mengapa mereka tidak memperolehi nur ?

Mereka tidak memperolehi nur adalah kerana jiwa mereka tidak berhubung dengan baginda.  Timbul persoalan apakah yang dimaksudkan berhubung dengan baginda ?

Berhubung dengan baginda bererti jiwa yang merasai kecintaan dan kasih sayang kepada baginda. Kenapa pula mereka tidak berhubung dengan baginda ?

Kerana dalam jiwa mereka ada kesombongan. Mereka sombong dengan apa yang dimiliki mereka seperti umur, pangkat dan kekayaan. Maka sombong itu membatalkan kecintaan.
Dibawa satu analogi “ seseorang yang telah jatuh cinta, maka pasti cintanya memadamkan kesombongan dalam dirinya ”, seandainya dia sombong bagaimana mungkin dia akan boleh mendekati perempuan yang dicintainya itu.

Ketahuilah bahawasanya orang Islam yang mengkaji al-Quran dengan jiwa dan hati seperti abu lahad maka sudah pasti tidak akan memperolehi nur. Mereka menyangka mereka mengkaji al-Quran, namun pada hakikatnya mereka hanya mengkaji mashaf sahaja bukannya al-Quran.

Kaca dan Lampu

Dibawa perumpamaan kaca dan lampu. Kaca itu diibaratkan mashaf dan lampu itu diibaratkan sebagai al-Quran. Ramai yang mengkaji mashaf mereka mendapati bahawa dari mashaf (kaca) nur quran terpancar, adakah itu al-Quran (lampu) ? kaca mengeluarkan cahaya menghasilkan lampu ? bolehkan kaca mengeluarkan cahaya ?

Sebenarnya mereka sedang berkhayal, nur al-Quran bukanlah diperolehi dari mashaf. Kaca itu hanyalah menghasilkan cahaya apabila ia disambungkan dengan elektrik. Begitulah analoginya. Baginda merupakan pencawang utama manakala para ulama dan guru-guru merupakan pencawang kecilnya.

Mashaf tidak akan mengalirkan nur al-Quran seandainya tidak berhubung dengan para ulama dan guru-guru yang mana mereka pula berhubung dengan baginda secara rantaian sanad.

Bagaimana cara untuk memperolehi nur al-Quran, adakah kena jumpa baginda. Tidak, akan tetapi kita boleh memperolehinya melalui para ulama dan guru-guru. Kerana nur itu dipindahkan dari dada ke dada.

Apabila kita tidak mengkaji al-Quran tanpa nur hakikatnya kita sedang melakukan kebodohan yang tidak kelihatan. Ianya suatu hakikat yang berat untuk kita menerimanya.
Oleh itu kita wajid mendampingi para ulama dan guru-guru jika kita benar-benar ingin mengkaji al-Quran dan memperolehi nurnya.

Pengaliran Nur

Diantara cara untuk merapatkan dada kita dengan dada guru ialah dengan empat cara agar nur itu mengalir juga di dalam dada kita, iaitu melalui adab, taat, cinta dan khidmat. Selain itu, kita juga perlu menyakini bahawa di dalam dada guru tersematnya nur yang mengalir sampai kepada baginda.

Maka apabila kita memiliki keempat-empat sifat tersebut maka akan terpancarlah nur dan lahirlah akhlat yang baik serta perasaan cinta kepada semua umat baginda.
Bila kita sudah memiliki nur maka kita akan merasai nikmat hidup bertuhan, nikmat kekeluargaan nur Muhammad saw, serta merasai bahawa seluruh umat baginda adalah satu keluarga yang saling bersatu dan saling menyintai.

“Umat hari ini diumpamakan sedang berada dalam satu bilik yang gelap, yang mana mereka saling himpit menghimpit mencari pintu keluar disebabkan kegelapan di dalam bilik itu, seandainya bilik itu diterangi dengan cahaya lampu maka pastinya mereka akan saling beratur untuk keluar seorang demi seorang melalui pintu bilik itu ”

Kita sekarang pentingkan diri sendiri, kita adalah abu lahad.

Wahasil, apabila kita tidak memperolehi nur maka kita tidak akan merasai nikmat hidup bertuhan, tidak dapat fahami makna kasih sayang dan tidak dapat merasai kelazatan nur kekeluargaan Muhammad saw dan kesannya kita akan rasa terbeban dengan agama islam ini yang akhirnya hanya menjadi kegembiraan iblis dan syaitan.


Pandanglah kegelapan hati untuk disirami.

(tutorial 3 khamis)

MAKI DAN MADANI : suatu pengaplikasian dakwah

MAKI DAN MADANI : suatu pengaplikasian dakwah

Hasil apa yang dipelajari pada hari ini :

1. Dapat belajar 2 istilah baru iaitu

i. Taufiqi: benda yang mutlak tetap tidak boleh diubah.
ii. Tauqifi: perkara yang Allah beri kepada para ulama, ulul albab untuk guna akal dalam mengeluarkan sesuatu hukum.

2. Kalau datang seseorang berkata kepada anda “saya tak nak solat”, apa respon anda? Tindakkan anda adalah tidak perlu memaksa dia solat, tapi nak jawap kepadanya …. ? apa ?

Hakikatnya orang yang kata tak nak solat itu sebenarnya dia tidak tahu apa hubungan dia dengan solat.  Tiada terdetik di hatinya rasa ancaman meninggalkan solat.

Kaedah yang paling mudah ialah menyuruh dia berselawat. Jelaskan padanya siapa Baginda saw, akhlat budi pekertinya, biarkan dia tengelam dilamun cinta penuh keasyikkan kepada Baginda saw. Apabila ia sudah cinta maka sudah semestinya dia akan berusaha melakukan apa yang disukai oleh kekasihnya itu termasuklah menunaikan solat sebagai bukti cintanya itu. "Biarkan dia lalai dalam cintanya".

Dakwah kaedah Makiyyah dan Madaniyah

Makiyyah :

Zaman ini ialah zaman pembentukkan. Dalam fasa ini baginda saw memulakan dakwahnya dengan mendekati hati para penduduk mekah. Selain itu, ayat-ayat makiyyah banyak menyentap perasaan dan menyedarkan yang mana akan mendorong seseorang itu untuk berfikir serta mampu mengubah hati mereka.

Berdasarkan zaman makiyyah dapatlah dibuat satu point dari point2 dalam berdakwah bahawa dakwah boleh dilaksanakan dengan  menonjolkan kasih sayang contohnnya kepada orang yang tak mahu solat tadi. Perkenalkan siapa baginda dan berusaha timbulkan perasaan cinta kepada nabi saw dalam hatinya.

Madaniyyah :

Zaman ini ialah zaman pembuktian hasil dari pendidikan dan pembentukkan dari zaman makiyyah. Banyak ayat-ayat yang diturunkan adalah berkaitan hukum. Hasil dari didikan zaman makiyyah menyebabkan para sahabat menerima segala hukum-hukum dengan hati yang terbuka.

Kenapa awak solat ? Saya solat adalah sebagai tanda tauhid saya kepada Allah.

Bila kita mencintai Baginda saw maka secara tidak langsung kita juga mencintai Allah. Kerana kita hanya dapat mengenali Allah bersumberkan dari nabi kita Muhammad saw.

Kesimpulannya, dalam berdakwah langkah pertama ialah mentauhidkan kemudian baru mengajar berfekah. Bila kita hanya berfekah tanpa mentauhid maka akan lahirlah rasa mulia penuh kesombongan. Mulalah menghukum tak tentu hala.

Oleh itu, “sesiapa sahaja perlu dan mesti ada kasih sayang ( dalam berdakwah ). Mesti ada connected yang baik dengan nabi saw”.

Terima kasih kerana sudi membaca

Perkara yang aku sukai ialah apabila doaku dimakbulkan kerana ianya kehendak ku akan tetapi perkara yang PALING aku sukai ialah apabila doaku tidak dimakbulkan kerana ianya adalah kehendak Allah
~ tenangnya hati seumpama itu

(tutorial 2 kumpulan 5)

Al-Quran Dan As-Sunnah

PERMULAAN ILMU ITU ?

Analogi pemikiran
Kelas di mulai dengan bacaan surah Al Fatihah, selawat Ibrahimiah dan selawat Alfateh.
Kami diberikan dua soalan utama untuk difikirkan dan apa yang saya faham hasil dari penerangan ustaz ialah ;

Soalan 1. Mana yang lebih utama, merujuk kepada Al Quran Dan Al Sunnah atau merujuk kepada ulama ?

Anda datang ke universiti ini dan masuk ke fakulti pengajian islam( bidang pengajian Al-Quran dan As-sunnah ), niat anda mencari ilmu tentang Al Quran Dan Al Sunnah atau mencari pensyarah-pensyarah Al Quran Dan Al Sunnah terlebih dahulu ?

Diberikan beberapa perumpamaan ;
i. Bila anda lahir anda ingin ibu atau susu ibu ?

ii. Anda ingin buat rumah:
Adakah anda mencari pembalak (tukang potong kayu) atau mencari tukang kayu ? Adakah anda mencari hutan kayu balak atau kayu balak ? Adakah anda mencari kayu balak ataupun papan ?

iii. Kita kenal nasi atau kenal beras terlebih dahulu ? Kita kenal beras atau kenal padi terlebih dahulu ?

Begitulah perumpamaan akan diri kita, kita sekarang sedang berada di dalam hutan Al Quran Dan Al Sunnah, tanpa panduan mereka yang arif pasti kita tidak akan memperolehi mamfaat dari hutan ini, boleh jadi kita sesat tiada tahu arah hendak dituju atau kelemasan di dalamnya.

Kita sekarang sedang berada di dalam hutan tapi malangnya kita tidak tahu apa yang ada di dalam hutan itu kerana tiada yang memberi pengetahuan itu kepada kita. Disebabkan tidak tahu, boleh jadi kita termakan buah yang beracun. Kita tengok dalam hutan itu ada daun-daun kehijauan, kita sangka ia lembut, tapi mungkin sahaja ia boleh memotong.


Bila kita berguru dengan mereka yang arif tentang hutan ini, kita pasti akan mengetahui selok beloknya, jalan keluar masuknya, apa kelebihannya, apa manfaatnya dan lain-lain lagi. Oleh itu jawapan kepada soalan ini ialah mencari merujuk ulama adalah lebih utama secara dominannya berbanding merujuk Al Quran Dan Al Sunnah terlebih dahulu tanpa ada yang mengajarkan kedua-duanya.

Soalan 2. Keberkatan itu ada pada ilmu (kitab) atau pada ulama (guru) ?

Ilmu umpama mentol, barakah umpama elektrik, digabungkan kedua-duanya baru menghasilkan manfaat.
Ilmu tercatat di dalam kitab, namum konduktor (bahan yang melaluinya arus elektrik dapat mengalir) barakah bukan terletak pada kitab tetapi terletak pada ulama. Ketahuilah bahawasanya, barakah itu dikonduktorkan oleh para ulama. Ilmu itu hakikatnya dipindahkan dari dada seorang ulama kepada seorang ulama yang lain.

Renungan;
i. Iman Syafei mengembara, adakah ia mencari kitab atau ulama ?

ii. Zaman tabi’ tabi’in, sudah banyak kitab-kitab ditulis, adakah mereka tetap dengan kitab? Zaman tabi’in, sudah ada juga kitab-kitab ditulis, namun adakah mereka tetap berpada dengan kitab yang ada ?

Hakikatnya tabi’tabi’in mencari tabi’in, manakala tabi’in pula mencari para sahabat. Ini membuktikan bahawa pentingnya ulama (mereka yang lebih alim)  dan bahawasanya sumber barakah mengalir dari dalam diri ulama.

Walhasil, hasil dari dua soalan ini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa jika seseorang individu mencari ilmu terlebih dahulu tanpa bimbingan mereka yang alim mengenainya, maka akan lahirlah jiwa yang sombong. Hal ini kerana mereka akan merasa diri tahu tentang ilmu sedangkan sebenarnya mereka tidak tahu dan sedang berada di dalam penipuan terhadap diri mereka sendiri. Hal ini disebabkan mereka tidak mempunyai pembimbing untuk menerangkan kepada mereka dengan tepat apa itu ilmu.

Jika mereka mencari ulama terlebih dahulu maka akan lahirlah jiwa abdi di dalam jiwa mereka kerana apabila mempelajari ilmu dari para ulama, berbekalkan penerangan penjelasan maka sudah pastinya mereka akan tahu sebelum mengetahui apa itu ilmu dengan lebih tepat.

Lihatlah para sahabat, mereka lebih inginkan nabi SAW dari inginkan ajaran islam. Hal ini kerana, di dalam cinta mereka itu sudah tersemai tumbuh ajaran islam secara tidak langsung. Oleh itu, carilah ulama terlebih dahulu, agar kita mengenal betul-betul apa itu ilmu.

*sebarkan senyuman
(tutorial 1 kumpulan 5)







Khilaf Qiraat

Khilaf Qiraat dalam Surah Fatihah dan ayat 1 - 5 Surah a-Baqarah SURAH AL-FATIHAH بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَم...