Wednesday, 30 December 2015

Al-Quran Dan As-Sunnah

PERMULAAN ILMU ITU ?

Analogi pemikiran
Kelas di mulai dengan bacaan surah Al Fatihah, selawat Ibrahimiah dan selawat Alfateh.
Kami diberikan dua soalan utama untuk difikirkan dan apa yang saya faham hasil dari penerangan ustaz ialah ;

Soalan 1. Mana yang lebih utama, merujuk kepada Al Quran Dan Al Sunnah atau merujuk kepada ulama ?

Anda datang ke universiti ini dan masuk ke fakulti pengajian islam( bidang pengajian Al-Quran dan As-sunnah ), niat anda mencari ilmu tentang Al Quran Dan Al Sunnah atau mencari pensyarah-pensyarah Al Quran Dan Al Sunnah terlebih dahulu ?

Diberikan beberapa perumpamaan ;
i. Bila anda lahir anda ingin ibu atau susu ibu ?

ii. Anda ingin buat rumah:
Adakah anda mencari pembalak (tukang potong kayu) atau mencari tukang kayu ? Adakah anda mencari hutan kayu balak atau kayu balak ? Adakah anda mencari kayu balak ataupun papan ?

iii. Kita kenal nasi atau kenal beras terlebih dahulu ? Kita kenal beras atau kenal padi terlebih dahulu ?

Begitulah perumpamaan akan diri kita, kita sekarang sedang berada di dalam hutan Al Quran Dan Al Sunnah, tanpa panduan mereka yang arif pasti kita tidak akan memperolehi mamfaat dari hutan ini, boleh jadi kita sesat tiada tahu arah hendak dituju atau kelemasan di dalamnya.

Kita sekarang sedang berada di dalam hutan tapi malangnya kita tidak tahu apa yang ada di dalam hutan itu kerana tiada yang memberi pengetahuan itu kepada kita. Disebabkan tidak tahu, boleh jadi kita termakan buah yang beracun. Kita tengok dalam hutan itu ada daun-daun kehijauan, kita sangka ia lembut, tapi mungkin sahaja ia boleh memotong.


Bila kita berguru dengan mereka yang arif tentang hutan ini, kita pasti akan mengetahui selok beloknya, jalan keluar masuknya, apa kelebihannya, apa manfaatnya dan lain-lain lagi. Oleh itu jawapan kepada soalan ini ialah mencari merujuk ulama adalah lebih utama secara dominannya berbanding merujuk Al Quran Dan Al Sunnah terlebih dahulu tanpa ada yang mengajarkan kedua-duanya.

Soalan 2. Keberkatan itu ada pada ilmu (kitab) atau pada ulama (guru) ?

Ilmu umpama mentol, barakah umpama elektrik, digabungkan kedua-duanya baru menghasilkan manfaat.
Ilmu tercatat di dalam kitab, namum konduktor (bahan yang melaluinya arus elektrik dapat mengalir) barakah bukan terletak pada kitab tetapi terletak pada ulama. Ketahuilah bahawasanya, barakah itu dikonduktorkan oleh para ulama. Ilmu itu hakikatnya dipindahkan dari dada seorang ulama kepada seorang ulama yang lain.

Renungan;
i. Iman Syafei mengembara, adakah ia mencari kitab atau ulama ?

ii. Zaman tabi’ tabi’in, sudah banyak kitab-kitab ditulis, adakah mereka tetap dengan kitab? Zaman tabi’in, sudah ada juga kitab-kitab ditulis, namun adakah mereka tetap berpada dengan kitab yang ada ?

Hakikatnya tabi’tabi’in mencari tabi’in, manakala tabi’in pula mencari para sahabat. Ini membuktikan bahawa pentingnya ulama (mereka yang lebih alim)  dan bahawasanya sumber barakah mengalir dari dalam diri ulama.

Walhasil, hasil dari dua soalan ini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa jika seseorang individu mencari ilmu terlebih dahulu tanpa bimbingan mereka yang alim mengenainya, maka akan lahirlah jiwa yang sombong. Hal ini kerana mereka akan merasa diri tahu tentang ilmu sedangkan sebenarnya mereka tidak tahu dan sedang berada di dalam penipuan terhadap diri mereka sendiri. Hal ini disebabkan mereka tidak mempunyai pembimbing untuk menerangkan kepada mereka dengan tepat apa itu ilmu.

Jika mereka mencari ulama terlebih dahulu maka akan lahirlah jiwa abdi di dalam jiwa mereka kerana apabila mempelajari ilmu dari para ulama, berbekalkan penerangan penjelasan maka sudah pastinya mereka akan tahu sebelum mengetahui apa itu ilmu dengan lebih tepat.

Lihatlah para sahabat, mereka lebih inginkan nabi SAW dari inginkan ajaran islam. Hal ini kerana, di dalam cinta mereka itu sudah tersemai tumbuh ajaran islam secara tidak langsung. Oleh itu, carilah ulama terlebih dahulu, agar kita mengenal betul-betul apa itu ilmu.

*sebarkan senyuman
(tutorial 1 kumpulan 5)







No comments:

Post a Comment

Khilaf Qiraat

Khilaf Qiraat dalam Surah Fatihah dan ayat 1 - 5 Surah a-Baqarah SURAH AL-FATIHAH بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَم...