Sunday 24 April 2016

Tokoh Sufi Al Junayd Al Baghdadi

Tokoh sufi ~ Zakaria Stapa

Al Junayd Al Baghdadi

1. Al Junayd Al Baghdadi (meninggal 297/298h) sebelum menjadi seorang tokoh tasawuf yang terkenal telah dihantar oleh bapa saudaranya al Saqati untuk memulakan pengajiannya dalam bidang Fiqh dan Hadis terlebih dahulu sebelum mempelajari ilmu tasawuf.

2. Beliau diajar dalam bidang Fiqh oleh Abu Thawr Ibrahim Bin Khalid al Kalbi al Baghdadi serta bersahabat baik dengan seorang tokoh Fiqh as Syafi’iyyah iaitu Ibnu Surayj.

3. Namun dari kecil lagi beliau telah dididik secara tidak langsung oleh bapa saudaranya mengenai ilmu tasawuf.

4. Menurut beliau seseorang yang mempelajari Hadis sebelum mempelajari tasawuf akan berjaya dan begitulah sebaliknya.

5. Suatu kemestian bagi seorang muslim untuk mencari seorang syeikh yang muktabar untuk diserahkan peranan sebagai pembimbing kerohanian.

6. Segala amalan mesti berpaksikan al Quran dan as Sunnah. Segala yang bertentangan perlulah ditinggalkan.

“Kalangan orang yang tidak menghafaz al Quran dan tidak mempelajari al Hadis adalah tidak boleh diikuti dalam urusan ini (segala ilmu tasawuf), kerana ilmu kami ini terikat kemas dengan al Quran dan al Sunnah” al Junayd

7. Dapatlah difahami bahawa seseorang pengamal tasawuf mestilah disyaratkan seseorang yang dapat memahami dengan baik roh kandungan al Quran dan al Hadis.

8. Suatu penyelewengan, pengguguran taklif syarat atas asas penghampiran diri dengan Allah tentunya merupakan suatu penyelewengan dan ketidakwajaran yang cukup serius. Sepatutnya makin hampir kepada Allah maka semakin hebatlah ia berbakti kepada Allah.

9. Menurut iman al Junayd, (suatu perumpamaan) penzina dan pencuri lebih baik jika dibandingkan dengan golongan yang menggugurkan taklif.



Khilaf Qiraat

Khilaf Qiraat dalam Surah Fatihah dan ayat 1 - 5 Surah a-Baqarah SURAH AL-FATIHAH بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَم...