Wednesday, 30 December 2015

Nur Muhammad

NUR MUHAMMAD SAW

*bacalah dengan bismillah dan selawat ke atas Baginda

Apakah perbezaan orang islam yang mengkaji al-Quran dengan orang bukan Islam yang mengkaji al-Quran ?

Al-Quran merupakan kitab hidayah yang mengandungi nur cahaya. Para sahabat mengkaji al-Quran, dianugerahkan kepada mereka nur. Manakala orang bukan islam umpamanya abu lahad dan para pembesar quraish, mereka membaca mengkaji al-Quran tetapi persoalannya mengapa mereka tidak memperolehi nur ?

Mereka tidak memperolehi nur adalah kerana jiwa mereka tidak berhubung dengan baginda.  Timbul persoalan apakah yang dimaksudkan berhubung dengan baginda ?

Berhubung dengan baginda bererti jiwa yang merasai kecintaan dan kasih sayang kepada baginda. Kenapa pula mereka tidak berhubung dengan baginda ?

Kerana dalam jiwa mereka ada kesombongan. Mereka sombong dengan apa yang dimiliki mereka seperti umur, pangkat dan kekayaan. Maka sombong itu membatalkan kecintaan.
Dibawa satu analogi “ seseorang yang telah jatuh cinta, maka pasti cintanya memadamkan kesombongan dalam dirinya ”, seandainya dia sombong bagaimana mungkin dia akan boleh mendekati perempuan yang dicintainya itu.

Ketahuilah bahawasanya orang Islam yang mengkaji al-Quran dengan jiwa dan hati seperti abu lahad maka sudah pasti tidak akan memperolehi nur. Mereka menyangka mereka mengkaji al-Quran, namun pada hakikatnya mereka hanya mengkaji mashaf sahaja bukannya al-Quran.

Kaca dan Lampu

Dibawa perumpamaan kaca dan lampu. Kaca itu diibaratkan mashaf dan lampu itu diibaratkan sebagai al-Quran. Ramai yang mengkaji mashaf mereka mendapati bahawa dari mashaf (kaca) nur quran terpancar, adakah itu al-Quran (lampu) ? kaca mengeluarkan cahaya menghasilkan lampu ? bolehkan kaca mengeluarkan cahaya ?

Sebenarnya mereka sedang berkhayal, nur al-Quran bukanlah diperolehi dari mashaf. Kaca itu hanyalah menghasilkan cahaya apabila ia disambungkan dengan elektrik. Begitulah analoginya. Baginda merupakan pencawang utama manakala para ulama dan guru-guru merupakan pencawang kecilnya.

Mashaf tidak akan mengalirkan nur al-Quran seandainya tidak berhubung dengan para ulama dan guru-guru yang mana mereka pula berhubung dengan baginda secara rantaian sanad.

Bagaimana cara untuk memperolehi nur al-Quran, adakah kena jumpa baginda. Tidak, akan tetapi kita boleh memperolehinya melalui para ulama dan guru-guru. Kerana nur itu dipindahkan dari dada ke dada.

Apabila kita tidak mengkaji al-Quran tanpa nur hakikatnya kita sedang melakukan kebodohan yang tidak kelihatan. Ianya suatu hakikat yang berat untuk kita menerimanya.
Oleh itu kita wajid mendampingi para ulama dan guru-guru jika kita benar-benar ingin mengkaji al-Quran dan memperolehi nurnya.

Pengaliran Nur

Diantara cara untuk merapatkan dada kita dengan dada guru ialah dengan empat cara agar nur itu mengalir juga di dalam dada kita, iaitu melalui adab, taat, cinta dan khidmat. Selain itu, kita juga perlu menyakini bahawa di dalam dada guru tersematnya nur yang mengalir sampai kepada baginda.

Maka apabila kita memiliki keempat-empat sifat tersebut maka akan terpancarlah nur dan lahirlah akhlat yang baik serta perasaan cinta kepada semua umat baginda.
Bila kita sudah memiliki nur maka kita akan merasai nikmat hidup bertuhan, nikmat kekeluargaan nur Muhammad saw, serta merasai bahawa seluruh umat baginda adalah satu keluarga yang saling bersatu dan saling menyintai.

“Umat hari ini diumpamakan sedang berada dalam satu bilik yang gelap, yang mana mereka saling himpit menghimpit mencari pintu keluar disebabkan kegelapan di dalam bilik itu, seandainya bilik itu diterangi dengan cahaya lampu maka pastinya mereka akan saling beratur untuk keluar seorang demi seorang melalui pintu bilik itu ”

Kita sekarang pentingkan diri sendiri, kita adalah abu lahad.

Wahasil, apabila kita tidak memperolehi nur maka kita tidak akan merasai nikmat hidup bertuhan, tidak dapat fahami makna kasih sayang dan tidak dapat merasai kelazatan nur kekeluargaan Muhammad saw dan kesannya kita akan rasa terbeban dengan agama islam ini yang akhirnya hanya menjadi kegembiraan iblis dan syaitan.


Pandanglah kegelapan hati untuk disirami.

(tutorial 3 khamis)

No comments:

Post a Comment

Khilaf Qiraat

Khilaf Qiraat dalam Surah Fatihah dan ayat 1 - 5 Surah a-Baqarah SURAH AL-FATIHAH بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَم...