Tokoh sufi ~ Zakaria Stapa
Al Junayd Al Baghdadi
1. Al Junayd Al Baghdadi (meninggal 297/298h)
sebelum menjadi seorang tokoh tasawuf yang terkenal telah dihantar oleh bapa saudaranya
al Saqati untuk memulakan pengajiannya dalam bidang Fiqh dan Hadis terlebih
dahulu sebelum mempelajari ilmu tasawuf.
2. Beliau diajar dalam bidang Fiqh oleh Abu
Thawr Ibrahim Bin Khalid al Kalbi al Baghdadi serta bersahabat baik dengan
seorang tokoh Fiqh as Syafi’iyyah iaitu Ibnu Surayj.
3. Namun dari kecil lagi beliau telah
dididik secara tidak langsung oleh bapa saudaranya mengenai ilmu tasawuf.
4. Menurut beliau seseorang yang
mempelajari Hadis sebelum mempelajari tasawuf akan berjaya dan begitulah
sebaliknya.
5. Suatu kemestian bagi seorang muslim
untuk mencari seorang syeikh yang muktabar untuk diserahkan peranan sebagai
pembimbing kerohanian.
6. Segala amalan mesti berpaksikan al Quran
dan as Sunnah. Segala yang bertentangan perlulah ditinggalkan.
“Kalangan orang yang tidak menghafaz al
Quran dan tidak mempelajari al Hadis adalah tidak boleh diikuti dalam urusan
ini (segala ilmu tasawuf), kerana ilmu kami ini terikat kemas dengan al Quran
dan al Sunnah” al Junayd
7. Dapatlah difahami bahawa seseorang pengamal
tasawuf mestilah disyaratkan seseorang yang dapat memahami dengan baik roh
kandungan al Quran dan al Hadis.
8. Suatu penyelewengan, pengguguran taklif
syarat atas asas penghampiran diri dengan Allah tentunya merupakan suatu
penyelewengan dan ketidakwajaran yang cukup serius. Sepatutnya makin hampir kepada
Allah maka semakin hebatlah ia berbakti kepada Allah.
9. Menurut iman al Junayd, (suatu
perumpamaan) penzina dan pencuri lebih baik jika dibandingkan dengan golongan
yang menggugurkan taklif.