Sufi Haraki
Sufi beerti segolongan manusia yang memilih jalan tasawuf dalam
kehidupan mereka. Terdapat pelbagai definisi sufi. Namun berdasarkan pemahaman
insan kerdil ini. sufi ialah perilaku seorang manusia yang mana disetiap
langkahnya sentiasa mengigati Allah swt dan Rasulullah saw. Hal ini bukanlah
beerti sepanjang 24 jamnya diam ia disejadah berzikir dan menangis. Sufi dalam
erti kata ini ialah, dia umpama cerbisan permata dalam timbunan kaca. Ia hidup
dan tidak ia menjauhkan diri dari masyarakat.
Haraki pula beerti mereka yang melibatkan diri dalam gerakan Islam.
Mereka terlibat dalam gerak kerja menegakkan agama Allah swt dan gerak kerja
mereka ada yang diketahui umum dan ada yang tersembunyi. Haraki juga tidak
dapat dipisahkan dengan matlamat siasah sama ada melalui demokrasi atau apa jua
sistem yang mana matlamat mereka ialah Daulah Islamiyyah agar Ustiazatul Alam
tercapai.
Manakala Sufi Haraki ialah mereka yang mana bergerak kerja dalam Jemaah
Islamiyyah dan hatinya sentiasa terpaut pada Allah swt dan Rasulullah saw. Mereka
bergerak kerja disamping menjaga perhubungan dengan Allah swt dan memperbaiki
hubungan mereka dengan sesama makhluk. Hidup mereka umpama seorang pahlima yang
perlu menyelesaikan misinya. Sama ada ia mati dalam perjuangan atau dia melihat
kemenangan itu.
Bagi insan yang kerdil ini, setiap mereka yang bergelar sufi haraki
ialah mereka yang terpaut hatinya pada Allah swt dan Rasulullah saw dalam setiap
hembusan nafas perjuangan mereka. Disamping mereka memdalami ilmu siasah,
mereka juga mempelajari ilmu-ilmu fardhu ain yang lain. Itulah Sufi Haraki. Tutur
kata, akhlak, perilaku semuanya dijaga, kethiqahan turut mereka titikberatkan. Tiadalah
ia sedemikian melainkan untuk mengharapkan rahmat dari Allah swt.
Muhd Khairi