Beliau adalah seorang individu
yang begitu tekun dalam mempelajari ilmu. Beliau berjaya mempelajari dan
menguasai ilmu agama islam dengan mendalam walaupun beliau bukanlah dari bangsa
arab. Beliau membuktikan bahawa untuk menguasai sesuatu ilmu itu ia tidak mengira
dari mana kita datang akan tetapi minat keinginan itulah yang menjadi kayu
ukurnya.
Personaliti beliau sangat menarik. Hal ini kerana, beliau mempunyai kekuatan ingatan dan hafalan yang sungguh istimewa, jika dibandingkan dengan orang-orang lain sehingga mampu menghafal dan menulis beberapa buah kitab di usia muda.
Beliau telah melibatkan diri dalam pengajian hadis pada usianya kurang dari 10 tahun, beliau sentiasa berulang alik bertemu tokoh-tokoh hadis yang terdapat di Bukhara. Pada usianya, 16 tahun beliau berjaya menghafal dan menguasai seperti kitab-kitab “Al-Mubarak” dan “Al-Waki”. Diantara kitab karanganya ketika di usia muda ialah “Qudhaya As Shahabah Wat Tabi’ien” (peristiwa-peristiwa hukum di zaman sahabat dan tabi’ien).
Hadis merupakan sumber rujukkan kedua umat islam selepas Al-Quran.
Banyak ulama terdahulu yang melibatkan diri di dalam bidang hadis demi menjaga
keaslian sumber rujukkan ini. Diantaranya ialah iman Al-Bukhari. Beliau
merupakan diantara tokoh-tokoh ahli hadis yang terkemuka.
Nama sebenar beliau
ialah Muhammad Bin Ismail Bin Ibrahim Bin Al-Mughirah Bin Bardizbah Al-Ju’fi.
Beliau lahir pada tahun 194 hijrah (810 masihi) dan meninggal pada pada tahun 256 hijrah (870 masihi). Beliau
lebih dikenali dengan panggilan Al-Bukhari yang diambil sempena nama tempat
lahirnya Bukhara. Pada usianya 6 tahun, ayahnya yang sangat dikasihi
telah meninggal dunia.
Sumbangan beliau yang paling besar ialah berjaya menulis sebuah
kitab hadis hasil dari ketinggian ilmu yang dimiliki serta ketekunannya di
dalam bidang ini iaitu kitab Sahih Bukhari. Kitab ini menjadi rujukkan utama para ulama dunia islam
mahupun orientalis di dalam bidang hadis dan lain-lain bidang lagi. sebagai contoh, menjadi rujukan ulama dalam
mengeluarkan hukum dan sebagainya lagi.
Moga beroleh manfaat
No comments:
Post a Comment