Bukan
Talhah
Apabila menyebut nama talhah, mesti rata-rata menyangka aku ingin
berbicara mengenai Talhah dari kalangan sahabat Baginda. Namun yang ingin diriku
bicarakan dikesempatan ini ialah mengenai seorang abang master di sebuah pusat pengajian
tinggi. Namanya Talhah, sudah berkahwin dengan jodoh ketetapan tuhan.
Sosok tubuh ini amat dikagumi. Walau dikesibukan menyiapkan tesis
masternya serta mengurus kehidupan bekerluarga, dia tetap gagah menarik
jiwa-jiwa anak muda yang dahagakan pengisan ke dalam bulatan usrah yang
dikendalikannya. Meski aku bukanlah salah seorang dari mutarobbi[1]nya.
Namun penceritaan dari salah seorang mutarobbinya akan keperibadiannya menarik
minatku untuk berkongsi di kesempatan ini.
…
Jam hampir 9.30 malam, kedengaran pintu asrama diketuk. Bingkisku
dalam hati,
“Mungkin itu abang Talhah”
Seorang insan yang baru dikenali secara tidak langsung atau mungkin
Amir jiranku ingin memprint kerja kursusnya. Tapi hatiku kuat mengatakan
itu abang Talhah. Lantas segera tanganku memegang tombol pintu dan tanpa
teragak-agak membuka dengan perlahan-lahan.
Seperti jangkaanku. Abang Talhah rupanya datang berziarah. Mataku
tertumpu kepada al-Quran kecil di gengamaannya. Serius talk aku suka
mendengar tadabur[2]
ayat-ayat suci al-Quran olehnya. Suatu tarikan utama ialah abang Talhah mampu
mengkaitakan sesuatu ayat al-Quran itu dengan realiti yang berlaku.
“Akhi, apa khabar?Ini ada sedikit buah tangan ana belikan untuk
kita, sebagai popcorn semasa usrah seketika nanti”
Aku menepuk dahi. Astaghfirullah terlupa yang malam ini ada usrah
rupanya. Mindaku mengimbas kembali bahawa petang tadi abang Talhah ada
maklumkan detail usrah dalam group whatsapp. Ini tentu kerana aku
yang begitu sibuk menyiapkan proposal sehingga terlupa hal-hal sebegini.
“Habisla, nak siapkan proposal atau berusrah ni”. bisik ku dalam hati.
Namun andai difikirkan abang Talhah lagi busy, master kot.
Ingat senang ke. Sebenarnya proposal tersebut boleh sahaja disiapkan esok hari.
Esok mana ada kuliah.
“Amir, apa yang awak menungkan tu. Mana Hamzah dan Abqari?”
Tiba-tiba pintu bilikku diketuk, Hamzah dan Abqari muncul
tiba-tiba. Segera mereka masuk dengan berkain pelekat dan berbaju melayu. Baru
balik dari surau ke mereka ini. Mungkinlah kot.
“Maaf, kami lewat sikit, tadi ada majlis ta’lim bacaan hadith di
surau”
…
Malam pun berlalu dengan pengisian dari abang Talhah. Sebenarnya
ini usrah kedua kami. Usrah dimulai dengan bacaan al-Fatihah dan disudahi
dengan tasbih kafarah. Pengisian yang disampaikan bukanlah berbentuk talaqqi[3]
bahkan merupakan interaksi dua hala antara kami berempat. Antara pengisan yang
terbaik pada malam ini ialah mengenai hadith logam.
Sabda Rasulullah saw mafhumnya “Manusia seperti logam, terpilihnya
semasa jahiliyyah, terpilihnya semasa Islam, sekiranya mereka faham”. Hadith
riwayat Imam Bukhari daripada Abu Hurairah.
Hadith ini meyedarkan diriku, cuba ku amati dan kusedari selama ini
rupanya aku tersalah mengunakan logam yang ku miliki. Arghhh, abaikan.
Itulah rupanya zaman jahiliyyahku. Namun zaman itu telah berlalu.
Perkenalan ku dengan abang Talhah banyak membuka minda ku, logam
yang kumiliki cuba ku upayakan untuk memikat jiwa-jiwa yang seperti diriku,
jiwa yang dahagakan pengisian.
“Alhamdulillah, dah hampir jam 12 malam. Ana minta diri untuk
pulang dulu ye. Satu pesanan ana. Ukhuwah yang terbina ini, kita sama-sama
pertahankan meski natijahnya kita bakal berjauhan, membawa diri apabila sudah
bekerjaya nanti”.
Lalu bingkas abang Talhah bangun mencapai beg laptopnya dan
beransur meninggalkan kami bertiga dengan seukir senyuman penuh bermakna.
“Jadi sekarang ni ko join usrah lagi tak?”
“Tak join dah, sebab tak mampu nak bagi komitmen yang sewajarnya
lagipun ni dah tahun akhir”
…
Dialah Talhah. Sosok tubuh yang aku ambil iktibar[4]
darinya. Diceritakan bagaimana dia sangup datang untuk memberi pengisian
usrahnya walau terpaksa kuyup basah bajunya menaiki motosikal yang tiada
beratap. Lihatlah bagaimana kesungguhannya itu. Hal sebeginilah yang perlu kita
contohi dan praktikan dalam kehidupan. Andai kita seorang mutarobbi ataupun
murobbi yang benar-benar ingin mengisi dan terisi dengan usrah, maka hujan
pasti kita rempuhi, kerja kursus sudah pasti kita ketepikan seketika, demi
menghadirkan diri ke bulatan usrah.
“Akhi, sekarang hujan la, kalau pergi pun mesti member usrah, kadang-kadang
naqib pun tak datang la, baik buat kerja lain”
Sifat sebeginilah yang aku kurang gemari andai ada dalam hati
sanubari jiwa bakal murobbi. Tidak kisah la hujan ataupun tidak, hadir atau
tidak anak usrah atau naqib enta itu, yang penting awak dah berusaha untuk “berlakunya”
usrah tersebut. Jangan cepat mengeluh.
Buat “junior murobbi” [5], boleh
jadi anak usrah tidak hadir kerana cara penyampaian usrah itu yang salah. Perlu
diingatkan, usrah buknalah tempat untuk talaqqi kitab, serius itu bakal
membosangkan, akan tetapi usrah itu adalah tempat mencanangkan ilmu, berkongsi
pendapat. Mengendalikan usrah perlu seninya. Andai tidak kena caranya, maka
sudah pasti usrah menjadi hambar. Bawalah sedikit popcorn untuk halwa
mulut mengunyah disamping memupuk sifat ithar[6]
dalam kalangan anak-anak usrah.
Atau mugkin boleh jadi ketidakhadiran anak usrah kerana dosa-dosa
kecil yang kita lakukan! Siapa tahu.
…
Marilah kita bermuhasabah dan menjadikan kisah Talhah sebagai
ikhtibar. Dalam kesibukannya sebagai seorang student master dan juga
seorang suami tapi masih mampu untuk membawa bulatan bahagia. Betapa dia
bersungguh untuk mengerakkan jiwa-jiwa yang mendambakan pengisian.
Buat bakal murobbi, binalah binaan kita dengan sebaiknya agar bertambahnya
logom-logam berbisa, yang mampu mengoncang jahiliyyah yang sedang menghakis
peradapan dunia Islam ketika ini.
Buat mutarobbi, janganlah dikau memandang kepada siapa naqib yang
menjalankan usrah, tapi pandanglah akan ilmu yang ingin dikongsikannya itu. Serikan
usrahmu dengan bertanya dan berkongsi input-input bermanfaat buat
teman-teman usrahmu.
Sekian untuk coretan kali ini..
No comments:
Post a Comment