Wednesday, 19 October 2016

Agama Sikh

AGAMA SIKH



1.0 PENGENALAN

Agama Sikh merupakan sebuah agama yang termuda berbanding agama-agama lain dan muncul sekitar 500 tahun yang lalu di India. Merupakan sebuah agama yang diasaskan mengikut ajaran Guru Nanak dan sembilan orang pengikutnya yang turut digelar sebagai Guru di Punjab. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan Sikh merujuk kepada orang ataupun golongan yang menganut agama Sikhisme. Perkataan Sikh berasal dari bahasa Sanskrit iaitu Shishya yang bermaksud pelajar. Pada masa kini jumlah penganut agama Sikh melebihi 23 juta orang di seluruh dunia dengan kadar 0.32 peratus penduduk dunia.

            Selain itu, antara definisi ‘Sikh’ yang diterima pakai oleh orang Sikh pada hari ini ialah definisi yang ditetapkan oleh Shiromani Gurdwara Parbandhak Committee (SGPC) iaitu “Orang Sikh ialah wanita atau lelaki yang mempercayai Tuhan yang satu, 10 orang Guru Sikh iaitu dari Guru Nanak hingga Guru Gobind Singh, percaya kepada Guru Granth Sahib, menjalani amrit dan tidak menerima agama-agama lain”.

            SGPC merupakan sebuah badan yang bertanggungjawab untuk mengatasi masalah yang melibatkan penganut Sikh di seluruh dunia. Pada 16 November 2003, Institute of  Sikh Studies (IOSS) dalam seminar tahunannya telah meluluskan resolusi supaya SGPC mengambil inisiatif untuk mewujudkan sebuah badan tertinggi yang mewakili semua organisasi Sikh dari seluruh dunia. 

            Ini bertujuan untuk menjaga kepentingan dan menyelesaikan krisis-krisis yang dihadapi oleh penganut Sikh di seluruh dunia, antaranya ialah perpecahan, masalah identiti dan peristiwa orang Sikh yang keluar dari agama Sikh dan memeluk agama lain. SGPC ini bertanggungjawab menguruskan gurdwara, keselamatan, kewangan, kemudahan penyelenggaraan  serta menjaga artifak suci Sikh seperti  senjata, pakaian, buku-buku dan tulisan-tulisan Guru Sikh.


2.0 SEJARAH KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN AGAMA SIKH

2.1 SEJARAH KELAHIRAN AGAMA SIKH

            Dari segi sejarah, agama Sikh diinspirasikan oleh dua orang tokoh reformis agama Hindu iaitu Ramanand (1400-1470 Masihi ) dan Kabir ( 1440-1518 Masihi ). Ramanand merupakan seorang penganut agama Hindu dan juga seorang penyair yang dilahirkan dalam keluarga Brahmin. Beliau juga dikenali dengan nama Jagadguru Ramanandacharya. Namun disebabkan beliau tidak bersetuju dengan sistem kasta yang terlalu ditekankan oleh golongan Brahmin, beliau telah mengasaskan satu aliran dalam agama Hindu yang dikenali sebagai Gerakan Hindu Bhakti. Diantara kandungan ajarannya ialah beliau sangat mencela penyembahan berhala.

            Kebanyakkan syair yang dikarang beliau mengajar bahawa tuhan itu esa, kebenaran merupakan sahabat yang paling rapat kepada manusia dan hidup bersederhana itu merupakan jalan terbaik untuk mencapai Nirwana. Keadaan ini memberitahu kita bahwa ajaran yang dibawa oleh Ramanand masih terikat dengan ajaran Hindu yang mana berpegang bahawa Nirwana merupakan balasan terhadap perbuatan baik.

            Selain itu, Ramanand juga masih mempercayai hukum Karma dan Reinkarnasi. Hukum Karma bermaksud balasan terhadap perbuatan yang dilakukan oleh manusia sepanjang hidupnya. Manakala Reinkarnasi pula merupakan penjelmaan kembali makhluk yang telah mati untuk menerima balasan diatas kejahatan yang dilakukannnya.

            Manakal Kabir pula merupakan seorang lelaki miskin daripada kasta paling rendah agama Hindu. Ayah kabir meninggal dunia sewaktu Kabir masih kecil lagi dan beliau dibesarkan oleh ibunya sehingga berumur setahun. Disebabkan kesempitan hidup, ibu Kabir telah mengambil keputusan untuk menghanyutkannya ke sungai Gangga di daerah Banares. Beliau bernasib baik kerana telah dijumpai oleh sepasang suami isteri yang bernama Niru dan Nima yang beragama Islam.

            Apabila meningkat dewasa Kabir telah dihantar oleh kedua ibu bapa angkatnya untuk mempelajari ilmu di Varanasari. Pada usia 16tahun, beliau telah mempelajari ajaran-ajaran yang terdapat di dalam agama Islam dan Hindu. Di samping itu Kabir juga sangat meminati syair-syair yang dihasilkan Ramanand.

            Walaupun Kabir mempunyai ilmu pengetahuan tentang ajaran-ajaran di dalam agama Islam dan Hindu namun masih tidak berpuas hati terhadap keduanya malah lebih tertarik kepada karya-karya Ramanand. Beliau akhirnya telah membentuk ajarannya sendiri yang dikenali sebagai Kabir Panthis yang bermaksud pengikut jalan Kabir. Beliau juga telah menulis ajarannya yang digubah dalam bentuk syair dan mendakwa semua agama mempunyai kebenaran dan hanya ada satu tuhan sahaja. Akhirnya idea yang dicetuskan Kabir ini telah dikembangkan oleh Guru Nanak yang menjadi pengasas kepada agama Sikh.

            Pada asasnya, Guru Nanak telah menentang segala jenis ritual dan beliau tidak bertujuan untuk membentuk ajaran baru. Ajaran beliau adalah lebih berbentuk kepada peraturan kemasyarakatan yang mana masyarakat ketika itu mengalami kekeliruan diantara kepercayaan tradisi dari agama Hindu dan ajaran tauhid dari penyebaran agama Islam.

            Percubaan menyebarkan Islam ke India telah dimulakan sejak zaman Khulafa al-Rasyidin lagi. Usaha murni ini telah diteruskan di bawah pemerintahan kerajaan Umaiyah terutamnya pada pemerintahan khalifah al-Walid bin Abd al-Malik. Sekitar tahun 711-712 Masihi, melalui ekspedisi yang dipimpin oleh panglima Muhammad bin al-Qasim yang telah mengetuai angkatan tentera menuju ke India dan memulakan perkembangan peradaban Islam di India.

2.2 PENGASAS AGAMA SIKH

            Pada abab ke 15, telah berlakunya Gerakan Bakhti yang diasaskan oleh Ramanand di India. Gerakan ini bertujuan untuk mengkritik amalan-amalan yang melibatkan tatacara dalam upacara keagamaan dan tahyul pada zaman tersebut. Para pendokong gerakan ini menegaskan bahawa tujuan dari Hinduisme dan Islam adalah sama. Segala perbezaan diantara keduanya tidak boleh dijadikan alasan untuk mencetuskan kebencian dan permusuhan dalam agama. Pada zaman ini jugalah Guru Nanak dilahirkan.

            Guru Nanak di lahirkan pada 15 April 1469 di sebuah perkampungan bernama Talwandi yang kini diberi nama ‘Nankana Sahib’ berdekatan Lahore, Pakistan dan meninggal dunia pada 22 September 1539. Ayahnya bernama Mehta Kalu manakala ibunya bernama Tripta. Beliau berketurunan bangsawan beragama Hindu. Beliau juga amat tertarik dengan ajaran yang dibawa oleh Ramanand dan Kabir Panthis. Pada tahun 1488, beliau telah berkahwin dengan Sulakhani pada usianya 19 tahun dan dikurniakan dua orang putera. Keadaan hubungan diantara agama Hindu dan Islam pada waktu tersebut diselubungi pelbagai permasalahan dan persengketaan.

            Dikatakan Guru Nanak gemar pergi ke dalam hutan untuk memikirkan masalah yang menimpa masyarakatnya. Pada usia tiga puluh tahun, Guru Nanak telah menemui sesuatu yang baru di dalam hidupnya sekembalinya dari hutan yang selalu dikunjunginya itu, beliau memberitahu isterinya bahawa beliau telah menjadi Guru. Apabila ditanya oleh isterinya apakah yang dimaksudkan dengan Guru itu, beliau memberitahu bahawa Guru adalah orang yang ditugaskan untuk mengajar suatu kepercayaan. Apabila ditanya lagi oleh isterinya apakah kepercayaan itu, Guru Nanak memberitahu bahawa “tiada agama Hindu, dan tiada agama Islam, tuhan bukanlah Hindu dan bukan Islam, jalan yang aku ikuti ialah jalan tuhan”. Semenjak itu Guru Nanak telah mengembara ke seluruh India untuk mengembangkan ajaran baru yang dibawanya.

            Sebelum Guru Nanak meninggal dunia, beliau telah memilih salah seorang dari anak muridnya iaitu, Lehna, untuk dilantik sebagai penggantinya menjadi Guru agama Sikh. Guru Nanak kemudian menukar nama Lehna kepada Angad. Terdapat sembilan Guru dalam agama Sikh selepas Guru Nanak yang mana diakhiri oleh Guru Granth Sahib.


2.3 SEJARAH PERKEMBANGAN AGAMA SIKH

            Guru Angad telah dilantik menjadi guru pada tahun 1539. Beliau telah dilahirkan pada tahun 1504 dan meninggal dunia pada tahun 1552. Diantara sumbangan beliau ialah telah menyusun syair-syair yang mengandungi ajaran Guru Nanak dan membukukannya di dalam kitab Nanak Janam Sakhi dan telah memperkenalkan sistem tulisan yang dikenali sebagai Gurumurthi. Pada zaman Guru Angab juga diperkenalkan gelaran Panthi terhadap komuniti atau golongan Sikh. Selain itu, diantara pembaharuan lain yang diperkenalkan oleh beliau ialah dengan memperakui bahawa Guru Nanak sebenarnya merupakan penjelmaan tuhan di muka bumi ini. Pembaharuan ini menyebabkan beliau menitikberatkan ajaran berkonsepkan Monisme.

            Menurut konsep ini tuhan adalah satu, tidak dua dan tiga. Bagi mendekatkan diri kepada tuhan setiap penganut agama Sikh mestilah menyebut nama tuhan setiap hari terutamanya dalam upacara keagamaan mereka. Ajaran ini juga menafikan penyembahan kepada sesuatu objek kerana yang mesti disembah oleh seluruh manusia adalah tuhan yang satu. Dari agama Islam mereka telah mengambil ajaran Monoteisme iaitu ajaran yang mengakui satu tuhan sahaja. Manakala dari agama Hindu pula mereka telah mengambil konsep Panteisme dan Monisme yang mana mengangap bahawa tuhan juga wujud dalam alam semulajadi. 

             Oleh itu dapat difahami bahawa tuhan dalam agama Sikh juga wujud dalam semua bentuk termasuklah manusia. Nama tuhan ialah Nam. Nam mempunyai banyak sifat. Tuhan bagi penganut agama Sikh terdiri dari dua aspek iaitu tuhan Nirguna dan tuhan Sirguna. Akan tetapi tuhan yang disembah oleh penganut Sikh cumalah tuhan Nirguna. Sifat tuhan Nirguna adalah menyamai sifat tuhan di dalam agama Islam. Manakala tuhan Sirguna pula menyerupai tuhan yang disembah di dalam agama Hindu.

            Selain Guru Angad terdapat lagi lapan orang guru lagi yang mana masing-masing memainkan peranan penting dalam melakukan perkembangan di dalam agama Sikh. Diantara mereka ialah Sri Guru Amar Das (1479-1574), Sri Guru RamDas, (1534-1581), Sri Guru Arjun  (1563-1606), Sri Guru Hargobind Sahib (1595-1644), Sri Guru Har Rai (1630-1661), Sri Guru Krishna (1656-1664), dan Sri Guru Teg Bahadur (1621-1675). Manakala guru yang terakhir pula bernama Guru Gobind Singh (1666-1708).

             Beliau merupakan anak kepada Guru Teg Bahadur yang mana dilantik menjadi guru pada tahun 1675. Beliaulah merupakan orang yang bertanggunjawap dalam melengkapkan dan menyempurnakan agama Sikh. Diantara pembaharuan yang dilakukan oleh beliau ialah telah memperkenalkan konsep Khalsa pada tahun 1699. Khalsa merupakan satu upacara yang perlu dilakukan oleh seseorang untuk menjadi penganut agama Sikh sama ada lelaki atau perempuan melalui upacara Amrit Sanskar iaitu upacara pembaptisan. Upacara ini dilakukan oleh lima Sikh yang soleh dan sempurna yang digelar Panji Piare (Five Beloved Ones). Sebelum dibaptiskan, individu tersebut mestilah mandi terlebih dahulu serta wajid memakai simbol Kakkars.

            Selain itu, Guru Gobind Singh juga telah memperkenalkan pemakaian sejenis kain pembalut kepala atau kain serban bagi penganut agama Sikh yang lelaki dan meletakkan tambahan pada akhir nama penganut Sikh iaitu Singh yang bermaksud singga. Beliau juga telah membukukan sebuah kitab yang bernama Dasam Granth hasil dari susunan teks-teks baru. Isi kandungan kitab tersebut adalah berbentuk syair-syair karyawan yang diambil dari kaum lain seperti Persia dan Islam. Seterusnya beliau telah menyusun dan menggabungkan kitab Dasam Granth dan kitab Adi Granth dalam sebuah kitab yang dinamai kitab Guru Granth Sahib yang mana kini menjadi kitab suci bagi agama Sikh dan sebagai pengganti kepada beliau.

            Guru Gobind Sing turut melibatkan kaum Sikh di dalam peperangan menentang orang Islam demi mencapai cita-cita mereka iaitu menubuhkan sebuah negara mereka sendiri. Setelah beliau meninggal dunia pada tahun 1708, ia meninggalkan kaum Sikh di bawah pimpinan seorang jeneralnya yang bernama Gurbakhash Sing Bhai memimpin kaum Sikh dalam perjuangan mereka. Pemerintah pada waktu itu kemudiannya memutuskan untuk mengharamkan agama Sikh yang akhirnya memaksa para penganut agama Sikh melarikan diri ke kawasan pergunungan dan hutan.

            Dalam tahun 1757 orang-orang Sikh telah menguasai Lohore, ibukota pemerintahan kerajaan Mogul di Punjab dan telah mengusir orang-orang Mogul dari Punjab. Pada tahun 1765, agama Sikh diistiharkan sebagai agama yang paling kuat pengaruhnya di Punjab. Namun kegemilangan ini tidak bertahan lama, kerajaan Sikh terpaksa pula berhadapan dengan Inggeris yang mana telah berjaya menawan sebahagian besar India ketika itu. Dalam permusuhan ini telah terjadi dua peperangan besar diantara tentera Sikh dan Inggeris yang mana dikenali sebagai perang Sikh. Akhirnya kerajaan Sikh telah mengalami kekalahan dan menjadi sebahagian jajahan Inggeris di India.

3.0 KOMUNITI SIKH HARI INI

            Semenjak orang Sikh berhijrah dari Punjab lebih dari satu abad dahulu ke negara-negara luar, mereka telah membentuk komuniti Sikh yang bersifat global. Walaupun suasananya berbeza dengan penempatan asal mereka, namun orang Sikh masih mengekalkan agama, budaya dan bahasa sebagai identiti mereka yang tersendiri. Dalam masyarakat Malaysia, komuniti Sikh masih lagi dikategorikan sebagai etnik minoriti berbanding dengan etnik-etnik lain. Walaupun mereka berasal dari Punjab India, komuniti Sikh adalah berbeza dengan komuniti Tamil yang juga berasal dari benua India. Kedatangan mereka ke Malaysia dengan membawa sejarah, budaya, agama dan bahasa yang tersendiri ini merupakan elemen-elemen yang penting dalam pembentukan masyarakat berbilang kaum dan agama.

            Walaupun komuniti Sikh adalah komuniti minoriti, namun ia tidak menghalang mereka dari hidup berdampingan dengan tiga bangsa majoriti iaitu Melayu, Cina dan India serta komuniti minoriti yang lain dalam suasana harmoni. Dalam masa yang sama, mereka juga menyumbang ke arah kesejahteraan sosio-ekonomi negara ini. Di peringkat global pula, perbincangan mengenai identiti Sikh juga mendapat perhatian setelah berlakunya peristiwa 11 september 2001 yang menyebabkan orang Sikh menjadi mangsa ‘mistaken identity’ di Amerika Syarikat yang turut melibatkan orang Sikh di seluruh dunia.


4.0 KESIMPULAN

            Agama merupakan satu keperluan dalam kehidupan setiap manusia. Mereka yang mencuba untuk mengasingkan agama dari kehidupan seharian adalah individu-individu yang mengalami kekeliruan yang amat jelas. Tanpa agama kejahatan akan berleluasa. Sejarah dan perkembangan agama Sikh bermula dengan munculnya ajaran-ajaran yang dibawa oleh dua orang tokoh reformis Hindu iaitu Ramanand dan Kabir yang mana menjadi inspirasi kepada Guru Nanak untuk membentuk satu ajaran baru dan menyebarkannya sehingga terbentuklah agama Sikh.

            Manakala tokoh yang memainkan peranan utama di dalam agama Sikh ialah guru yang kesepuluh iaitu guru Gobind Singh. Beliau telah memperkenalkan beberapa konsep baru di dalam agama Sikh yang mana masih diamalkan oleh penganutnya sehingga sekarang. Keunikan agama ini dapat dilihat terutamanya apabila mereka melakukan amalan dan ritual dalam upacara Amrit Sanskar dan rukun agamanya iaitu 5K atau juga dikenali sebagai Kakkars. Menjadi lumrah dalam sesuatu agama ianya akan menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan serta halangan dari luar bahkan dari dalam agama itu sendiri. Untuk mengatasi masalah sebegini perlulah dilakukan suatu usaha untuk mengekalkan ajaran yang dibawa oleh guru-guru mereka dari diselewengkan yang mana implikasinya akan menyebabkan ramai penganut agama Sikh akan mula hilang kepercayaan dan ketaatan terhadap agama mereka.
          

# Sebetulnya masih terdapat kekurangan di dalam penulisan ala-ala kajian ini. Moga bermanfaat.. Sekadar rujukan untuk perkongsian semua. Moga membantu. : )



Wednesday, 25 May 2016

salaf khalaf

Perjalanan Menuju Sebuah Pengertian

Kefahaman ilmu di kalangan agamawan

Dewasa kini kita lihat ramai yang belajar untuk berhujah. Ada dikalangan kita yang main petik dalil-dalil agama semata-mata untuk memenangkan hujah mereka. Menjadikan ianya sebagai dalil tanpa mengetahui asas ilmu itu.

Adakah kau tahu asbab nuzul ayat tu ?
Entah-entah itu ayat yang dimansuhkan ?
Entah-entah itu hadis doif ?
Ramai diantara kita mengunakan hujah yang tidak kuat atau berpada sekadar mengutarakan pandangan ulama tanpa mengetahui sandaran ulama tersebut.
Doif ke sohih sandaran tu ?
Dalam bab akidah, ramai masyarakat keliru tentang agamawan sekarang. Berhujah katanya demi akedemik tapi sehingga menjatuhkan hukum tanpa asas.
Wahabi punya orang?

Lihat masyarakat sekarang, adakah apabila seseorang melakukan sesuatu yang tiada dalam mazhad syafei maka dipanggilnya wahabi.

Eh, cu kau terangkan apa tu wahabi ? tak bleh pula jawap.. inilah menteliti sesetengah masyarakat.

Golongan agamawan pula berdebat mengeluarkan pendapat. Hujah yang lemah dinafikan manakala hujah yang kuat dikatakan lemah.
“Ni adat masyarakat kita. Dah memang dah lama diamalkan. Memang takde hadis kan. Tapi tak de pula hadis yang kata larang. Jadi boleh lah buat. Ulama tetapkan sebegini sebab kita ni perlu ..”
Sedangkan bidaah itu dalam urusan muamalat maka dibenarkan. Tapi di dalam ibadah tak bleh.

Mafhum hadis “siapa yang mengadakan sesuatu dalam agama maka ianya tertolak. Setiap bidaah ke dalam neraka”

Mula la pula keluarkan tu bidaah qobih, yang hasanah takpe.

Wahabi dalam bab aqidah diorang hebat. Hujah diorang padu.

Mana elok tauhid asma sifat ngn sifat dua puluh ?
Iman Asyaari tu siapa?
Wahbah tu pula ?
Siapa sufi, siapa salafi ?
Ilmu hadis ?
Mana baik pendekatan khalaf atau salaf ?

Kata kita orang agama tapi bila orang tanpa tak dapat jawap atau hanya jawap ikut kepala.

Kata kita mazhad syafei tapi amalkan juga pendapat mazhad lain .
Dalam sifat dua puluh ada sifat yang sama ngn makhluk tapi tak leh kata sama ianya dengan Allah swt. Boleh pula. Dalam bab Allah swt di atas arasy pula bila kata tuhan kat atas langit lah. Kita kata sesat pula. ?

Kesimpulan yang dapat dibuat maka keatas ahli agama perlu mendalami bidang mereka tanpa mengabaikan bidang agama yang lain. Banyakkan pembacaan. Isu-isu sebegini perlu ditangani dan dijawap dengan hujah dan dalil-dalil yang betul sahih kuat. Terbang burung tinggi, terbang dengan kepak yang berbulu.

Key : abdul fatah harun (jakim), sejarah pemikiran 1&2, falsafah alam islam

Asas pegangan di dalam penilaian ( METODOLOGI )

1. berpegang kepada al Quran dan as Sunnah, qias dan ijma’ ulama
2. berlapang dada dalam semua isu
3. baca hujah dan dalil-dalil setiap isu
4. berhati-hati membuat penilaian
5. yang kita tahu tidak semestinya dipegang
6. yang kita baru tahu tidak semestinya dipegang
7. berhati-hati terutama dalam bab akidah
8. jangan terpengaruh dengan liberal dan seangkatannya, baca hujah mereka
9. jangan ada sifat mazmumah dalam perjalanan ini
10. lazimi orang alim, banyakkan perbualan isu-isu sebegini
11. menjaga hubungan dengan Allah swt dan sesama makhluk
ni belum disusun ikut keutamaan


Tuesday, 24 May 2016

Tasawwur

Tasawwur Hati



MEMBINA KEMULIAAN HATI

Dewasa kini kita didedahkan dengan pelbagai jalan untuk mencapai kemuliaan hati.
Kemuliaan hati itu ialah suatu perasaan yang membawa pemiliknya mampu merasai kehadiran Allah di dalam kehidupannya. 

Maksudnya lebih kurang :
1. rasa tenang
2. khusyuk dalam solat
3. mudah untuk menerima ketentuan dari Allah
4. hidup penuh pengharapan pada Allah
5. membuang rasa kekosongan di dalam hati

Pernah tak kita merasa kosong, penat, letih, malas dan sebagainya lagi sifat mazmumah dalam kehidupan seharian kita ?
Pernah tak kita terfikir jalan penyelesaiaanya ?
Apa punca rasa begini ?

Ada hadis yang mafhumnya Baginda bersabda dalam hati kita ini ada seketul daging yang mana kalau elok ia, maka eloklah keseluruhan jasad. Namun seandainya rosak ia maka rosaklah keseluruhan jasad dan ketahuilah ianya adalah hati. (أو كما قال )

Lihat balik, RENUNGI apa yang kita dah buat dan apa yang kita tak buat hari ini sehingga mampu mempengaruhi hati kita.

Runungi seketika nafas-nafas yang dinikmati hari ini :
Bagaimana zikir kita ?
Bagaimana penjagaan anggota jasad kita dari panas neraka hari ini ?
Sejauhmana kita taat perintah Allah ?
Bagaimana hubungan kita sesama makhluk ?

Allah berfirman dalam kalamNya yang mulia
"wahai hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" az-zumar : 53

Renungi hari ini dan muhasabah seketika. Marilah bersama mencapai kemuliaan hati.
Milik Dia diri ini. Andai ada kesalahan dari tulisan ini maka tegurlah saya.
Bicara ini untuk hati saya dan kamu



Friday, 6 May 2016

Muaz Bin Amru Bin Jumuh

Anggota yang hanya berbaki kulit berjuntai-juntai sudah hilang fungsi bahkan hanya menambah sakit kepada tubuh badan, eloklah dinyahkan sahaja.
Demi menghilangkan sakit dan beban yang menyukarkan pergerakan. Bimbang nanah penyakitnya merebak.

Itulah lagak berani Muaz Bin Amru Bin Jumuh. Saat bertempur dalam perang Badar, tangannya ditetak hampir terputus. Terjuntai-juntai tinggal kulit yang amat menyakitkan dan menyusahkan pergerakannya. Lalu Muaz memijak baki tangannya yang berjuntai itu dan merentap hingga putus.
Ngeri. Sememangnya sakit. Tetapi sekurang-kurangnya mencegah dari derita sakit yang berpanjangan.

p/s : Provok supaya dikenakan tindakan, kemudian mengemis simpati kononnya menjadi mangsa jawatankuasa disiplin merupakan taktik politik yang amat mudah dibaca. Bahkan kerap berulang-ulang.
sumber : facebook

Tuesday, 3 May 2016

Remaja Islam


Remaja Islam hari ini

Tinggi sungguh keinginan
Namun tersadai di ketepian
Tinggi sungguh harapan
Namun lena dalam buaian
Umat Islam hari ini kedahagaan
Sedang haus dalam kenikmatan
Mencari cinta memohon dusta
Memagar hati
Melangar janji
Ingin Islam dimuliakan
Namun diri menghancurkan
Terlalu asyik dengan dunia
Sampai berlalu akhirat dipandangannya
Bangun bangkit berdiri
Bukan sekadar bermimpi

Kau wahai remaja muslim
Dirindui cinta kemenangan




Sunday, 24 April 2016

Tokoh Sufi Al Junayd Al Baghdadi

Tokoh sufi ~ Zakaria Stapa

Al Junayd Al Baghdadi

1. Al Junayd Al Baghdadi (meninggal 297/298h) sebelum menjadi seorang tokoh tasawuf yang terkenal telah dihantar oleh bapa saudaranya al Saqati untuk memulakan pengajiannya dalam bidang Fiqh dan Hadis terlebih dahulu sebelum mempelajari ilmu tasawuf.

2. Beliau diajar dalam bidang Fiqh oleh Abu Thawr Ibrahim Bin Khalid al Kalbi al Baghdadi serta bersahabat baik dengan seorang tokoh Fiqh as Syafi’iyyah iaitu Ibnu Surayj.

3. Namun dari kecil lagi beliau telah dididik secara tidak langsung oleh bapa saudaranya mengenai ilmu tasawuf.

4. Menurut beliau seseorang yang mempelajari Hadis sebelum mempelajari tasawuf akan berjaya dan begitulah sebaliknya.

5. Suatu kemestian bagi seorang muslim untuk mencari seorang syeikh yang muktabar untuk diserahkan peranan sebagai pembimbing kerohanian.

6. Segala amalan mesti berpaksikan al Quran dan as Sunnah. Segala yang bertentangan perlulah ditinggalkan.

“Kalangan orang yang tidak menghafaz al Quran dan tidak mempelajari al Hadis adalah tidak boleh diikuti dalam urusan ini (segala ilmu tasawuf), kerana ilmu kami ini terikat kemas dengan al Quran dan al Sunnah” al Junayd

7. Dapatlah difahami bahawa seseorang pengamal tasawuf mestilah disyaratkan seseorang yang dapat memahami dengan baik roh kandungan al Quran dan al Hadis.

8. Suatu penyelewengan, pengguguran taklif syarat atas asas penghampiran diri dengan Allah tentunya merupakan suatu penyelewengan dan ketidakwajaran yang cukup serius. Sepatutnya makin hampir kepada Allah maka semakin hebatlah ia berbakti kepada Allah.

9. Menurut iman al Junayd, (suatu perumpamaan) penzina dan pencuri lebih baik jika dibandingkan dengan golongan yang menggugurkan taklif.



Saturday, 9 January 2016

Pembelajaran di Universiti

Pembelajaran di universiti

Ada statement yang menyatakan belajar di universiti itu main "tebok" je. "Belajar berdasarkan silibus sahaja". Dalam satu kitab atau buku hanya menyentuh beberapa bab sahaja dan bab yang lain-lain ditinggalkan. "Ilmu tak berkat", ilmu hanya dihafal untuk dicurahkan sepenuhnya di paper exam sahaja. Persoalannya adakah betul statement sebegini ?

Saya yang daif ini mempunyai dua pendapat dalam hal ini.

1. Seandainya pensyarah hanya mengajar beberapa bab adakah itu menghalang kita untuk membaca bab-bab yang ditinggalkan. Kemana masa lapang kita. Adakah hanya sekadar diisi dengan u tube, jogging, ber fb, wechat, twett, kedai mamak dan berbagai lagi sanak saudaranya. Wahai sahabat, apa tujuan kita datang ke universiti. Untuk belajar kan. Kita banyak mencipta alasan daripada mencipta perubahan. Hendak seribu daya tapi menolak berdalih.

2. Mengenai ilmu tidak mendapat keberkatan. Hanya sekadar untuk di curahkan semuanya masa paper exam sahaja. Keluar dewan peperiksaan tak ingat apa-apa dah. Benar itulah yang terjadi dikalangan segelintir mahasiswa yang belajar hanya semata-mata untuk exam sahaja. sila baca point di bawah,

Beberapa perkara perlu dinilai semula untuk memastikan kenapa ilmu itu melekat di dada:

i. Niat. Adakah niat kita ikhlas belajar sebagai memenuhi satu tuntutan agama atau hanya belajar untuk mendapatkan sekeping sijil dan beroleh pekerjaan yang mantap, bergaya dan berhawa dingin. Kerja dan sebagainya lagi tu akan datang mengiringi sendiri andainya kita ikhlas.

ii. Hormat. Bagaimana penghormatan yang kita berikan kepada para pensyarah kita. Adakah selayaknya atau ada mengutuknya di group wasap atau mengumpatnya. Seandainya ada pandangan yang tidak dapat kita menerimanya seharusnya kita berlapang dada selagi mana tidak bertentangan dengan agama. Walaupun bertentangan siapalah kita untuk mengkritik sedangkan usia kita hanyalah setahun jagung. Masih belum jauh perjalanan.

iii. Usaha. Cuba periksa dari awal sem lagi. Adakah kita betul-betul belajar. Sewajarnya seorang pelajar itu. Mengulangkaji subjek yang dipelajari bukan dimalam exam, akan tetapi perlu dimulai dari awal semester lagi. Ulangkaji last minit hanyalah merugikan.

Diawal semester, cuba kita fahami apa yang diajar. Dipertengahan semester buat nota ringkas bagi setiap subjek. Masa study week tu dah kira ringan sebab dah faham dan dah ada nota. Cuti semester pula ambil peluang ini untuk mengulangkaji lagi apa yang telah dipelajari dalam semester yang telah lepas. Baru ilmu tu melekat berkat.

4. Sikap. Macanmana sikap kita. Adakah memadai dengan hanya apa yang telah diajar di dalam kuliah ataupun tutorial. Kenapa tidak megunjungi perpustakaan atau bertanya kepada syeikh google info-info tambahan. Belajarlah makan dengan tangan sendiri dan bersyukurlah dengan suapan yang diberikan. Apa yang disuapkan itu adalah asas dan rangka-rangka, sedangkan isi-isi selebihnya kita perlu geledah berusaha mencarinya.

Wahasilnya, tepuk dada tanya iman. Muhasabah kembali dan renung-renungkanlah. Ditujukan khusus kepada diri sendiri. Hanya sekadar pandangan peribadi. Banyak kelopongan lagi. Fikir-fikirkanlah. 

Khilaf Qiraat

Khilaf Qiraat dalam Surah Fatihah dan ayat 1 - 5 Surah a-Baqarah SURAH AL-FATIHAH بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ ١ ٱلۡحَم...