Tasawwur Hati
MEMBINA KEMULIAAN HATI
Dewasa kini kita didedahkan dengan pelbagai jalan untuk mencapai kemuliaan hati.
Kemuliaan hati
itu ialah suatu perasaan yang membawa pemiliknya mampu merasai kehadiran Allah
di dalam kehidupannya.
Maksudnya lebih kurang :
1. rasa
tenang
2. khusyuk
dalam solat
3. mudah
untuk menerima ketentuan dari Allah
4. hidup
penuh pengharapan pada Allah
5. membuang
rasa kekosongan di dalam hati
Pernah tak
kita merasa kosong, penat, letih, malas dan sebagainya lagi sifat mazmumah dalam
kehidupan seharian kita ?
Pernah tak
kita terfikir jalan penyelesaiaanya ?
Apa punca
rasa begini ?
Ada hadis
yang mafhumnya Baginda bersabda dalam hati kita ini ada seketul daging yang
mana kalau elok ia, maka eloklah keseluruhan jasad. Namun seandainya rosak ia
maka rosaklah keseluruhan jasad dan ketahuilah ianya adalah hati. (أو كما قال )
Lihat balik, RENUNGI apa yang kita dah buat dan apa yang kita tak buat hari ini sehingga mampu
mempengaruhi hati kita.
Runungi
seketika nafas-nafas yang dinikmati hari ini :
Bagaimana zikir
kita ?
Bagaimana penjagaan
anggota jasad kita dari panas neraka hari ini ?
Sejauhmana kita
taat perintah Allah ?
Bagaimana hubungan
kita sesama makhluk ?
Allah berfirman
dalam kalamNya yang mulia
"wahai
hamba-hambaku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu
berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya.
Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" az-zumar : 53
Renungi hari
ini dan muhasabah seketika. Marilah bersama mencapai kemuliaan hati.
Milik Dia
diri ini. Andai ada kesalahan dari tulisan ini maka tegurlah saya.
Bicara ini
untuk hati saya dan kamu
No comments:
Post a Comment